Friday, December 18, 2009

Program Bina Rohani 2009

Assalamua'laikum.... Salam ukhuwwah buat semua... Baru-baru ini Zaidan telahpun berjaya menjalankan Kem Bina Rohani dengan kerjasama Mekar ESQ Sdn. Bhd. Banyak yang telah kami pelajari dan pengalaman yang ditimba. Peserta-peserta pun rasa seronok dan bersemangat menjalani program tersebut dan mereka pun banyak yang memberi respon yang baik. InsyaAllah, program-program seterusnya akan disediakan pabila tiba masanya. InsyaAllah, kami akan sertakan sekali gambar2 sekitar perjalanan program.

Friday, November 6, 2009

Monday, October 26, 2009

Konsert malam amal YPQU

Zaidan akan mengadakan konsert sempena malam amal yayasan pendidikan Qasimul Ulum pada 20 Nov 2009. Selain zaidan, kumpulan In Team juga akan memeriahkan lagi majlis tersebut dan insyaAllah Zaidan akan melancarkan sekali "single" pertama Zaidan yang bertajuk Rayuan Hati... Jadi,datanglah beramai-ramai.......

Thursday, October 8, 2009


Persembahan Zaidan bersama kumpulan Shoutul Fikrah dari SRA Sungai Tua Bharu di Karnival anjuran MPAJ di Ampang.


Persembahan Zaidan di Masjid At-Taqwa,Selayang. Maaf kerana visual kurang memuaskan...

Wednesday, September 30, 2009

Gambar2 zaidan

Gambar2 di bawah:
1) Zaidan bergambar di Masjid Wilayah. Pada masa ini seorang tidak dapat hadir iaitu Faiz Zaidan.
2)Gambar di Nilai Spring Golf Club sempena konsert Amal Palestin di USIM,Nilai.
3)Gambar bersama kumpulan NICE selepas selesai persembahan konsert.
4)Gambar on stage di USIM
5)Gambar Zaidan melawat madrasah Maahad Tahfiz Qasimul U'lum di Selayang.

Gambar2 Zaidan
















Undangan persembahan nasyid Zaidan

Salam.............
Makluman kepada individu mahupun organisasi yang ingin mengundang kumpulan Zaidan, bolehlah berurusan dengan ketua kumpulan Zaidan iaitu saudara Saiful di talian 013-2121326. Kumpulan Zaidan bersedia untuk membuat persembahan untuk pelbagai majlis sama ada rasmi@tidak rasmi. Justeru,undangan tuan/puan amat kami alu-alukan. Sekian,wassalam...

Salam Ukhuwwah

Assalamua'laikum......

Syukur ke hadrat Ilahi dengan rahmat dan kasih sayangNya, Zaidan telah maju setapak demi setapak dan bakal menyertai industri nasyid tanah air dengan kemunculan "single" pertama yang bertajuk RAYUAN HATI. Lagu dicipta oleh Hafiz Hamidun dan Firdaus Zaidan manakala lirik pula oleh Fedtri Yahya (TV3). Setelah mengharungi suka duka dalam perjuangan nasyid ini, Zaidan berjaya merakamkan single dengan harapan menjadi titik permulaan perjalanan Zaidan dalam mencapai objektif hiburan yang mentarbiah jiwa mendidik minda. InsyaAllah, Zaidan akan turut menjayakan program2 motivasi sebagai motivator dalam masa terdekat ini. Akhir kalam, doakan kejayaan kami dalam memperjuangkan irama nasyid yang murni ini. Jazakallah wa syukran jazilan....